Sunday, June 20

renungkanlah~

Assalamualaikum…

Bismillahirahmanirahim..


Tatkala dunia semakin pesat membangun, seluruh global berlumba-lumba mencapai status negara maju, mencari kemewahan dalam hidup setiap individu serta darjat yang tiggi..Malangnya, masih ada KISAH yang kita terlepas pandang dan ada yang sengaja mengabaikannya. PALESTIN, ini kisah yang menjadi tumpuan pada masa kini. Bayangkan,, anda bayangkan kesengsaraan hidup mereka yang dihujani bedilan peluru dan bom sana sini. Nyawa mereka seakan tiada nilai apabila diacukan dengan senjata canggih dan… tembakan dilepaskan di kepala, hancur berkecai! Ya Allah, jika dilihat,jika ditanya dan dihayati, apa salah mereka? TIADA!! Mereka berjuang mempertahankan kehidupan mereka, mempertahankan HAK mereka, tapi…. mereka dilabel sebagai PENGGANAS..

PENGGANAS yang sebenar dalam KISAH ini sebenarnya ialah ISRAEL!! Israel dalam peta dunia merupakan sebuah negara yang kecil, namun, mengapa mereka amat berkuasa pada masa kini? Amerika Syarikat merupakan dalang segalanya dalam membantu segala serangan yang dilakukan keatas Palestin. Ada yang bersuara, mengapa negara Islam yang lain seperti tidak berani untuk menyerang Israel? terus aku sebagai hamba Allah yang lemah beristighfar(Astaghfirullahalazim…). Aku tak mampu nak jawab kenapa tapi pasti ada sebab mereka tak berani serang Israel semula.

Tunjuk perasaan sana sini, bakar bendera Israel, berhimpun menyuarakan rasa tak puas hati.. tu semua boleh selamatkan Palestin ke? Pada pandangan aku, tidak sama sekali.. Lebih baik berhimpun, kita solat hajat secara berjemaah dan berdoa kepada Allah. Kita harus ingat, Allah berkuasa untuk melakukan segalanya. Tanpa menggunakan nuklear, Israel boleh hancur dengan kuasa Allah.. InsyaAllah, segala rintihan dan doa hamba yang dalam kesusahan dimakbulkan olehNya..

No comments:

Post a Comment